Little Caliph
Ahlan wasahlan :D



→ Hamba Allah yang banyak melakukan Dosa→ Team Hijrah→ Bakal Jenazah

Navigate!

Diary Owner Akhwats

Musiclicous




Credit Section!

Template by : LiyanaIzzati
Basecode made by : AreQil
Background : Nurul Atiqah
Header : Nurin Asyada
Best view : Google Chrome


Sekalung Budi, Serumpun Kasih

Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian Alam. Pemilik,Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga dan para sahabat baginda.


Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambanya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaannya yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan sederhana ini buat tatapan semua yang bersamaku. Terima kasih Tuhan.

Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan aku titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan seorang insan sehina aku di dunia ini. kerana Redha kamu yang menjadi jambatan aku melangkah merentasi bumi Tuhan dalam mencari seribu satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. Terima kasih abah, terima kasih mama. :)

Tidak lupa juga serumpun kasih buat semua saudara dan sahabat yang bersamaku sepanjang penghijrahanku ini. Aku cuma teringin menumpang dipinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan dan teguran kalian.

Moga-moga setiap sesuatu yang kita lakukan bakal dihitung sebagai amal soleh disisinya. Amin

Labels:


0 Lovely babe!
Short Entry: Erti Hijrah




Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) yang bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Manakala dari segi istilah pula hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik atau meninggalkan keburukan untuk menjadi yang lebih baik.

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” 
(HR. Abu Dawud)
Diantara perbuatan yang dikaitkan dengan hijrah adalah TAUBAT NASUHA. Ini kerana, erti taubat nasuha itu sendiri hampir sama dengan makna hijrah iaitu menyesal dengan sebenar-benar penyesalan di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan seterusnya berubah untuk menjadi yang lebih baik.

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya;
“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat."
(HR. Ahmad)

0 Lovely babe!
Kelebihan Bertudung Labuh


Assalamualaikum.

Entri express.

"Mengapa saya bertudung labuh?"

Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh.

0 Lovely babe!
TUJUH PERKARA YANG MEMBAWA KEMULIAAN :)

Sesiapa yang memelihara Tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan di hadapan malaikat dengan perkara berikut : 
*Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan. 
*Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan. 
*Hidup dan mati dalam kebaikan 
TUJUH perkara tersebut ialah : 
1.membaca BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara. 
2.mengucapkan ALHAMDULILLAH setiap kali selesai melakukan sesuatu. 
3.berISTIGHFAR apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat. 
4.melafazkan INSYAALLAH apabila berjanji tentang sesuatu hal. 
5.membaca HAWQALAH(LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH)setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai. 
6.mengucapkan INNA LILLAH(INNA LILLAH WA INNA ILAIH RAJI'UN)pada setiap musibah. 
7.melafazkan SYAHADAH(LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH)pada waktu siang dan malam. 

mudah bukan? betulkan yang biasa , biasakan yang betul! Smile 

0 Lovely babe!
Pilih Jodoh Bertudung Atau Yang Menutup Aurat?


"Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung!" 

"Haa? Kenapa?" 

"Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat." 

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. 

Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga. 

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna. 

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat. 

Hayati kembali perintah Allah ini; 


ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[33:59]



Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan. 

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya. 

"Cerewet sungguh orang-orang mukmin!" 

Ya.. memang cerewet! Hehee.. 

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih. 

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari. 

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ; 

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah SAW menjawab, 

"Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."[Riwayat Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat di khalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri? 

Cuba fikirkan sejenak.. 
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga. 

"Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milih pun tiada guna." 

 Ya.. jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Itu janji Allah! 

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."[24:26]

                      Maka, sebagai wanita.. 
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna. 
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya. 
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita, 
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah.. 
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.                                                                  





0 Lovely babe!
Sajak : TAUBAT


Taubat 

Ayuh kita bertaubat 
sebelum terlambat 
selagi ada kudrat 
banyakkan amalan akhirat. 

Ayuh kita bertaubat 
sebelum matahari 
terbit dari barat 
selagi sempat. 

Ayuh kita bertaubat 
jangan lambat-lambat 
nanti menyesal 
rugi di akhirat. 

Ayuh kita bertaubat 
jauhkan keji mengeji 
dan umpat mengumpat 
tambahkan amalan berzakat 
baru rezeki berkat 
banyakkan juga berselawat 
pasti amalan dicatat oleh malaikat. 

Ayuhlah kita bertaubat 
sebelum jauh tersesat 
ingatlah kiamat 
sudah hampir dekat. 

Apakah amalan kita sudah meningkat ? 
taubatlah cepat-cepat 
akhirat pasti selamat. 

0 Lovely babe!
DOA TAUBAT (Astaghfirullah)


Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat) 

Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...4X 

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna) 

Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan) 

Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X 
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 

Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat) 

Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X 
Rabbi zidni 'ilman naa fi'a 
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna) 

Wa wa fiqni 'amalam maqbula 
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan) 

Wa Wa habli rizqan waasi'a 
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 

Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X 
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 

Astaghfirullah Rabbal Barroya 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat) 

Astaghfirullah Minal khotoya. 
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa)..2X 



Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat, 

Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa, 
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna, 

Berikanlah aku..amalan yang dimakbulkan, 

Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas, 

Terimalah taubat kami dengan Taubat Nasuha? 

0 Lovely babe!